Rayau

Monday, July 1, 2019

Tugasan Koprat – Penulisan esei ( RM50000)

EDUP3053

Image result for esaimen
Tugasan Koprat – Penulisan esei ( RM50000)  
Sediakan satu penulisan  esei mengenai penilaian keberkesanan media dan sumber pembelajaran dan pengajaran berasaskan web. Penilaian terhadap pembelajaran berasaskan web ini perlu disokong dengan satu instrumen penilaian yang diadaptasi dari rujukan tertentu yang telah dikenal pasti sumbernya. Penulisan anda perlu memenuhi kriteria berikut;
  1. Penilaian satu laman web yang telah dikenalpasti
  2. Penjelasan tentang instrumen yang digunakan untuk menilai web.
iii. Penjelasan mengenai kelebihan penggunaan web dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran 
  1. Menggunakan rujukan dan citation berdasarkan APA versi 6
  2. Kerja pemprosesan perkataan hendaklah menggunakan font Arial 12 dan double spacing
 1) Penilaian satu laman web rakan sekelas yang telah dikenalpasti.
”Pembelajaran dalam talian dapat melengkapi pembelajaran secara bersemuka di samping meningkatkan pembelajaran secara akses kendiri dan penggunaan pelbagai sumber pembelajaran sesuai dengan abad 21”. Saya telah membuat penilaian terhadap satu laman web iaitu https://cikgualiff.wordpress.com yang telah dihasilkan oleh rakan sekelas saya iaitu Aliff Lukman Bin Tawam. Tajuk wordpress yang telah dihasilkan oleh saudara Aliff Lukman ialah berkaitan dengan sukan air iaitu renang.
 Pertama sekali, komponen yang akan dinilai adalah dari aspek kandungan web. Alif Lukman telah menghasilkan sebuah laman web yang memberi informasi tentang sukan air. Tajuk yang diberikan oleh beliau adalah sukan renang.  Sukan renang didefinisikan sebagai sukan untuk berenang dengan paling cepat bagi sesuatu jarak yang diberikan. Dalam laman web yang telah beliau hasilkan, beliau telah memberikan semua informasi tentang sukan renang ini. Beliau menjelaskan tentang pengenalan tentang tujuan mnyertai sukan renang iaitu, untuk keselamatan, aktiviti terapi, aktiviti rekreasi. Selain itu, beliau juga telah menjelaskan tentang jenis-jenis gaya renang dan juga video demonstrasi berkaitan dengan gaya-gaya renang yang diajar. Laman web ini menggunakan bahasa yang betul dan tidak ada kesalahan ejaan pada mana-mana bahagin teks. Kelemahan yang dapat dilihat dalam laman web ini ialah background yang dipilih berwarna gelap dan tulisan yang digunakan juga gelap dan menyebabkan menyusahkan pembaca untuk membaca. Kekuatan dalam laman web ini ada penggunaan audio dan video yang membantu memudahkan pemahaman pelajar terhadap topik yang ditujukan. Bahan yang terdapat dalam laman web ini disusun dengan sistematik tetapi tidak menyeluruh. Apabila merujuk kepada rubrik pemarkahan, gred yang sesuai untuk diberikan dalam komponen kandungan web adalah gred Kepujian. Gred Cemerlang dalam rubrik pemarkahan tersebut adalah kandungan web mempamerkan perkaitan yang sangat jelas dengan kandungan bahan pengajaran dan informasi yang terdapat dalam laman web ini dari pelbagai sumber.
Selain itu, komponen yang akan dinilai adalah dari aspek elemen multimedia. Elemen multimedia utama adalah animasi, teks, grafik, audio dan juga video.  Elemen ini adalah penting dalam penghasilan laman web yang menarik. Laman web ini memaparkan teks dan grafik yang sesuai bagi topik sukan renang ini. Sebagai contoh, setiap halaman disertakan dengan gambar yang sesuai mengenai subtopik supaya pembaca dapat merujuk kepada gambar bagi mengetahui dan memahami apa yang ingin disampaikan berkaitan dengan sukan renang. Dalam penghasilan laman web, penggunakan teks tidak perlulah panjang. Ini bukan bermakna teks tidak diperlukan langsung, tetapi teks hanya digunakan pada   bahagian-bahagian yang penting sahaja. Dalam laman web yang telah dihasilkan oleh Aliff, teks yang digunakan adalah tidak beberapa sesuai untuk tatapan semua orang kerana terlalu panjang dan perlu dipendekkan untuk membuatkan pembaca tidak berasa bosan.
Video merupakan salah satu daripada media bergerak yang menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian mesej atau sesuatu penerangan kepada pembaca. Dengan adanya video, elemen ini akan meningkatkan kualiti pembangunan laman web. Kelemahan laman web beliau ialah tidak meletakkan video yang secukupnya berkaitan dengan tajuk yang diajar. Sebagai contoh, beliau hanya meletakkan video tentang gaya kupu-kupu dan gaya bebas sahaja sedangkan beliau menerangkan tentang empat gaya berenang iaitu gaya kuak kupu-kupu, gaya kuak lentang, gaya kuak dada, dan gaya bebas (gaya rangkap depan).
Organisasi Bahan laman web ini sangat teratur dan sistematik dan boleh difahami oleh pembaca merupakan kekuatan wordpress ini. Menu yang tersusun dan jelas memudahkan pengguna mendapatkan informasi yang diingini. Menu yang digunakan juga boleh dibuka dan tidak mengambil masa yang lama untuk dibuka begitu juga dengan wordpress ini. Ia mudah dibuka di semua browser. Berdasarkan instrumen pemarkahan, saya akan memberikan gred Cemerlang.  Hal ini kerana laman web yang dihasilkan oleh Aliff berstruktur dan susunan sangat menepati keperluan tugasan.
Di samping itu, aspek yang dinilai seterusnya ialah mesra pengguna. Aspek navigasi hanya menitikberatkan pada menu yang terdapat di dalam wordpress ini. Ia haruslah konsisten di setiap page agar pengguna tidak keliru dengan menu tersebut. Reka bentuk juga merupakan aspek yang penting kerana perkara inilah yang akan mearik minat dan perhatian daripada pembaca. Reka bentuk ini haruslah memaparkan font yang jelas dan boleh dibaca. Penggunaan audio, animasi dan video juga harus bersesuaian dengan topik yang ingin disampaikan. Konsep dan kandungan yang dipaparkan jelas, dinamik, tepat dan terkini. Oleh itu, bagi pemarkahan, saya memberikan gred cemerlang kerana telah berjaya menghasilkan wordpress yang menarik dan kelemahan yang terdapat telah berjaya dilitupi dengan keceriaan yang terdapat dalam wordpress tersebut.
2) Penjelasan tentang instrumen yang digunakan untuk menilai web.
Saya telah memilih satu instrumen yang akan digunakan untuk menilai wordpress tersebut. saya telah memilih beberapa deskriptor sebagai penilaian iaitu Kandungan web, Elemen Multimedia, Organisasi bahan dan Mesra Pengguna.
Kandungan wordpress akan dinilai dari aspek perkaitan yang amat jelas dan jitu dengan kandungan bahan pengajaran iaitu pengunaan audio, video dan animasi yang sesuai dalam wordpress.
Elemen multimedia akan dinilai berdasarkan kesesuaian teks, grafik, audio dan video kreatif dalam tajuk yang dihasilkan amat signifikan dalam membantu meningkatkan kualiti pembangunan wordpress.
Organisasi bahan dinilai berdasarkan menu dan submenu berstruktur dan susunan amat menepati keperluan tugasan dan dari aspek mesra pengguna, hasil wordpress yang dihasilkan mestilah yang berinformatif, menu dan submenu yang sangat mesra pengguna dan navigasi yang lancar.


3)  Penjelasan mengenai kelebihan penggunaan web dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 
Secara umum perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan adalah ekoran daripada perubahan kemajuan ciptaan manusia. Perubahan kini apa yang dikatakan sebagai ‘gelombang ketiga’ diperkatakan oleh AlvinToffler (1983) merupakan suatu perubahan kepada tamadun dunia. Perubahan ini adalah perubahan kepada tamadun manusia menuju abad ke-21. Sebagai contoh perkembangan teknologi komputer dan selanjutkan perkembangan ICT (Information Communication and Technology) telah banyak mempengaruhi sistem pendidikan kini.
Oleh yang demikian, Matnor Daim (1997) menyatakan bahawa pembelajaran di abad 21 akan banyak bergantung kepada teknologi maklumat khususnya penggunaan komputer. Perubahan ini secara langsung melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan pentadbiran pendidikan.
Perkembangan teknologi komputer dan internet dalam sistem pendidikan telah meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran. Strategi pembelajaran menggunakan komputer dan internet dalam pendidikan menunjukkan banyak peningkatan dari segi pengetahuan, kecekapan dan kemahiran. Banyak kajian-kajian berasaskan komputer dan multimedia serta internet yang disebut sebagai pembelajaran berasaskan komputer meninggalkan kesan positif terhadap proses pembelajaran (Tylor, 1980).
Namun demikian, realiti impirikal di sekolah memperlihatkan proses pembelajaran tidak digunakan secara optima dan memanfaatkan sumber pembelajaran melalui internet dan pusat sumber elektronik, kerana dalam proses pembelajaran di sekolah masih ada kecenderungan pembelajaran berpusat pada guru (teacher centered) dan ‘textbook centered’. Adalah tidak dapat dipersalahkan apabila terdapat ramai pelajar mengganggap proses pembelajaran di sekolah sebagai sesuatu yang membosankan.
Di Malaysia, kaedah pembelajaran melalui laman web telah mula dibincangkan oleh para penyelidik dalam bidang pendidikan sejak beberapa tahun yang lalu. Contohnya Abtar (1998) telah mencadangkan reka bentuk laman web untuk pembelajaran yang efektif. Jamaludin (1999) telah mencadangkan teori konstruktivisme dan aplikasinya dalam reka bentuk pembelajaran berasaskan web. Namun persoalannya, apakah kelebihan penggunaan iaman web ini sehingga ia mampu untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran?
Laman web ini juga boleh digunakan sebagai media pengajaran dan pembelajaran kerana mampu memberikan proses komunikasi interaktif antara guru dengan pelajar. Perkara ini telah dikembangkan sebagai kegiatan komunikasi yang dilakukan untuk mengajak pelajar mengerjakan tugas-tugasnya dan membantu dalam memperolehi pengetahuan yang diperlukan dalam rangka mengerjakan tugas-tugas tersebut (Boettcher 1999). Sebagai contoh Frog VLE yang penggunaanya semakin meluas di sekolah rendah dan menengah merupakan satu instrumen yang digunakan oleh guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar dengan menyediakan kuiz atau latihan interaktif yang berkaitan dengan topik pengajaran. Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat dengan mudah di laman web tersebut.
Laman web ini juga boleh dijadikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada pelajar kerana laman web boleh memaparkan video, audio dan gambar yang berkaitan untuk membuatkan pelajar lebih faham dan seterusnya menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu sebagai sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, pelajar juga boleh belajar secara bekerjasama antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana mereka dapat mengirim soalan dan berkongsi jawapan melalui e-mail (electronic mail) untuk berbincang dengan rakan mengenai pembelajaran. Ia juga boleh menampung pembelajaran dalam jarak jauh terutama tempat yang tidak dapat menjalankan kelas seperti biasa dan proses pembelajaran tidak terbatas oleh ruang dan waktu tertentu. Sebagai contoh, walaupun semasa luar sesi pembelajaran di sekolah, pelajar masih boleh belajar dengan efektif dan berkesan kerana boleh mendapat banyak informasi sebelum waktu pembelajaran.
Selain itu, laman web boleh dimanfaatkan sebagai sumber pembelajaran di peringkat pengajian tinggi yang membolehkan pelajar mengakses pembelajaran kendiri (Cobine, 1997). Oleh yang demikian pelajar dapat mengakses secara online dari sumber yang berbagai seperti perpustakaan, muzium, database, dan mendapatkan sumber utama tentang berbagai peristiwa sejarah, biografi, rakaman, laporan, data statistik, atau kutipan yang berkaitan dengan pembelajaran tinggi (Gordin, 1995).
Penggunaan laman web juga boleh meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Secara tidak langsung, pelajar boleh menjadikan laman web ini sebagai salah satu cara untuk merealisasikan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu kemahiran dwibahasa. Kemahiran dwibahasa ini adalah di mana pelajar bukan sahaja belajar bahasa Inggeris sebagai syarat untuk mendapat kelulusan dalam peperiksaan semata-mata tetapi boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Berdasarkan kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam pembelajaran melalui laman web pendidikan seperti yang telah dibincangkan, diharapkan ia boleh digunakan sebagai alternatif untuk mengatasi masalah pencapaian yang masih rendah serta kurang minat pelajar-pelajar di dalam semua mata pelajaran. Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kelebihan kepada pelajar. Banyak kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan pencarian bahan melalui internet lebih terbuka dan memberi peluang kepada pelajar menerokai bahan terbaharu. Peluang yang begitu luas sekali untuk mencari bahan dan maklumat di pelusuk dunia sekali gus membantu mendapatkan bahan untuk membantu proses pembelajaran. Bahan-bahan yang begitu banyak dapat diproses dan ditapis untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran. Pelajar dengan menggunakan pendekatan pembelajaran kendiri dapat menyesuaikan masa dan ruang untuk belajar dan tidak terlalu bergantung dengan guru semata-mata.

Rujukan
Abtar Kaur. (1998). Designing Web pages for effective learning. Prosiding Konvensyen Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kali ke 11:, 1-9.
Boettcher. (1999). Faculty Guide for Moving Teaching and Learning to the Web . United States: League for Innovation in the Community College.
Cobine. (1997). Studying with the Computer (Online). Retrieved from http://www.ericfacility.net/ericdigests/ed450069.html
Gordin. (1995). Using the WorldWideWeb to Build Learning Communities. Northwestern University Magazine, 1-17.
Jamaluddin Mohaidin . (1999). Konstruktivisme: Aplikasinya dalam reka. Dalam Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 12, 8-10 Oktober, 1999, Port Dikson, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, 1-14.
Matnor Daim. (1997). Ucap utama pendidikan Malaysia di Abad ke 21. Persidangan Dicovery Malaysia 1997, 3-5.
Taylor. (1980). The Computer In The Scholl, Tutor, Tool, Tutee. London: Teacher College Press.
Toffler. (1983). Previews & Premises: An Interview With True Author Of Future Shock And The Third Wave Previews And Premises. New York: W.Morrow.

No comments:

Post a Comment