Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
- 1. Topik 3: Visual untuk Pengajaran dan Pembelajaran Dr.Sajap Maswan 1
- 2. Pengenalan Topik ini akan membincangkan; 1. Peranan Visual dalam pengajaran dan pembelajaran 2. Jenis-jenis visual 3. Mereka bentuk visual - Panduan mereka bentuk visual – CASPER 4. Pengubahsuaian dan penghasilan bahan visual untuk pengajaran dan pembelajaran
- 3. • Apakah yang dimaksudkan dengan visual?
- 4. Visual ialah sesuatu yang boleh diperhatikan samada imej statik (contoh, gambar, ilustrasi, symbol dll) atau bergerak (animasi, video dll) Alat komunikasi yang lebih konkrit/baik berbanding komunikasi verbal. Fungsi utama visual dalam PdPk ialah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengenalan Visual
- 5. Membantu menfokuskan perhatian murid kepada maksud yang terdapat dalam visual Dapat mengatasi keterbatasan pengalaman berbeza yang dimiliki oleh murid. Melalui visual murid akan mempunyai kefahaman yang sama. Dapat menanamkan konsep dasar,yang benar, konkrit dan realistik. 5 Peranan Visual dalam PdP
- 6. Membangkitkan keinginan dan minat baru murid terhadap sesuatu perkara yang dipelajari. Membantu perubahan efektif ,kognitif dan psikomotor murid-murid Meningkatkan perhatian dan kefahaman murid terhadap isi kandungan pelajaran yang dibincangkan. 6 Peranan Visual dalam PdP
- 7. Visual umumnya terbahagi kepada 3; 1. Fotografik 2. Elektronik 3. Grafik 7 Jenis-jenis Visual
- 8. 1. Fotografik menyediakan ilustrasi melalui gambar, sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar. 2. Elektronik menyediakan ilustrasi atau gambar dan imej bergerak dalam bentuk digital seperti video dan animasi 8 Jenis-jenis Visual
- 9. 3. Visual Grafik : Menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik. Terdapat dua jenis visual grafik; analogik dan organisasi. • Visual analogik : menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbol yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut. 9 Jenis-jenis Visual
- 10. Sistem Solar 10 Neutron ElektronProton Sistem solar biasanya digunakan sebagai analogi visual untuk menjelaskan komposisi sesuatu atom Contoh Visual Analogik
- 11. • Visual organisasi : merangkumi carta, graf, peta dan sebagainya Menyediakan ilustrasi melalaui gambar , visual realiti, menyerupai sesuatu subjek, situasi sebenar 11 Jenis-jenis Visual
- 12. Contoh Visual Organisasi Penubuhan Jawatan Kuasa Bertindak UPBK NAIB CANSELOR (Penasihat) Timb.Naib Canselor (Pengerusi) Penyelaras (Setiausaha) Dekan Dekan Dekan Dekan Pakar Rujuk
- 13. Untuk menghasilkan bahan visual yang baik ia mestilah diasaskan pemilihan dan penggunaan elemen dan prinsip rekaan yang sesuai. Kejayaan bahan visual, adalah berdasarkan kualiti yang ada pada visual tersebut hasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang digunakan Penghasilan bahan visual
- 14. Ciri-ciri visual yang baik; Mudah dan jelas dibaca /difahami Mesej dapat ditafsir. Mendorong interaksi yang aktif. Membantu memfokuskan perhatian.
- 15. Ciri-ciri visual yang baik; Jika terlalu senang/biasa, pelajar tidak memberi perhatian pada visual. Jika terlalu banyak, pelajar sukar mentafsir maklumat sebenar yang hendak disampaikan.
- 16. Apakah prinsip-prinsip reka bentuk visual?
- 17. Prinsip Reka Bentuk Visual Simplisiti Dominan Pola Harmoni Variasi Seimbang PRINSIP GRAFIK
- 18. 1.Simplisiti / mudah Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan. Prinsip Reka Bentuk Visual
- 19. Apakah yang dapat ditafsirkan daripada visual berikut?
- 20. 2. Dominan; Pusat penumpuan atau minat. Prinsip Reka Bentuk Visual
- 21. 41% 20% 25% 14% Dominan; Peraturan sepertiga Prinsip Reka Bentuk Visual
- 22. 3.Pola; Susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Prinsip Reka Bentuk Visual
- 23. Pola Menawan perhatian penerima dan mengarahkannya kepada maklumat yang bersabit. Unsur seperti Ruang, Garisan dan Ilustrasi digabung menjadi suatu harmoni grafik. Prinsip Reka Bentuk Visual
- 24. Pola; Model ASSURE Pilih media Guna media Gerak balas Penilaian Analisis Nyata objektif © Prof Madya Dr. Yusup Hashim Anak panah dan warna digunakan untuk menyusun maklumat
- 25. Pola; Anak panah dan warna digunakan untuk menyusun maklumat 1 2 3 4 5 6 Prinsip Reka Bentuk Visual
- 26. Pola; Kawasan paling kuat Pergerakan mata bermula dari kiri Prinsip Reka Bentuk Visual
- 27. 4. Seimbang; Seimbang formal/sametri Seimbang tidak formal./tidak semetri Prinsip Reka Bentuk Visual
- 28. • Perseimbangan • Keadaan kesamaan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan unsur-unsur seni. • Berdasarkan susunan, warna dan bentuk. Formal/Simetri ialah samukur yang mudah, berat yang sama. Informal/Tak Simetri digubah dengan manipulasi ruang dan objek. Prinsip Reka Bentuk Visual
- 29. Imbangan tak formal/ Tak simetri Imbangan formal/sametri Prinsip Reka Bentuk Visual
- 30. 5.Variasi; - Menimbulkan perasaan seolah- olah visual itu hidup dan bergerak. Prinsip Reka Bentuk Visual
- 31. 6. Harmoni; Mententeramkan hati dan perasaan. Prinsip Reka Bentuk Visual
- 32. Harmoni dihasilkan melalui; susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang seimbang dan mempunyai perhubungan warna-warna yang duduk bersebelahan di dalam roda warna. . Prinsip Reka Bentuk Visual
- 33. Apakah prinsip-prinsip reka letak visual yang terdapat dalam CASPER? 33
- 34. CASPER CASPER adalah singkatan untuk prinsip- prinsip reka letak visual. 34 Contrast (Perbezaan yang ketara) Alignment (Penjajaran) Simplicity (Ringkas) Proximity (Jarak antara objek) Emphasis (Penekanan ) Repetition (Pengulangan)
- 35. CASPER Contrast (Perbezaan yang ketara) Menyatakan bahawa jika dua item tidak serupa, maka harus jadikan mereka berbeza. Idea utama di sebalik kontras ialah untuk mengelak unsur dalam paparan kelihatan hampir sama. Cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan/mudah dilihat 35
- 36. CASPER Contrast (Perbezaan yang ketara) Boleh dihasilkan dengan berbagai cara. Antaranya; warna gelap dengan warna terang warna sejuk dan warna panas font besar dan kecil tekstur licin dan tekstur kasar unsur mendatar dan unsur menegak garis halus dan garis kasar . dll 36
- 37. CASPER Contrast (Perbezaan yang ketara) Contoh, 37
- 38. CASPER Alignment (Penjajaran) Setiap item yang hendak diletakkan dalam sesuatu ruang perlulah seimbang dan kelihatan menarik/ selesa. Setiap item yang ingin dipersembah-kan supaya ia kelihatan seimbang, antara ruang kanan dan kiri/ruang atas dan bawah. 38
- 39. CASPER Alignment (Penjajaran) Setiap item perlu disusun supaya tidak janggal. Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain. Sekiranya gagal membuat penjajaran dengan baik maka ia, seperti ruang tamu yang berselerak tentunya tetamu yang berkunjung tidak merasa selesa. 39
- 40. CASPER Alignment (Penjajaran) Contoh,
- 41. CASPER Simplicity (Ringkas) Grafik atau visual perlu ringkas, mudah dan dapat merangsang pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Paparan seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. 41
- 42. CASPER Simplicity (Ringkas) Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Penggunaan grafik dan elemen media yang ringkas membantu pengguna mememahami dan mentafsir dengan mudah. 42
- 43. CASPER Simplicity (Ringkas) 43 Contoh visual yang mengandungi terlalu banyak maklumat yang hendak disampaikan.
- 44. Contoh, Simplisiti CASPER
- 45. CASPER Proximity (Jarak antara objek) Merupakan reka letak dari aspek jarak antara teks, jarak antara grafik serta jarak antara teks dan grafik. Item-item yang mempunyai kaitan antara satu sama lain berkaitan perlu dikumpulkan supaya dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah. 45
- 46. CASPER Proximity (Jarak antara objek) Item-item yang tidak berkaitan pula harus dijarakkan untuk mengelakkan tindanan supaya dapat dilihat sebagai membawa maklumat yang berlainan. Hasilnya paparan akan kelihatan menjadi satu unit visual yang mempunyai beberapa unit maklumat yang terpisah. 46
- 47. CASPER Proximity (Jarak antara objek) 47
- 48. CASPER Emphasis (Penekanan ) Memberi penekanan terhadap perkara dan maklumat yang hendak disampaikan melalui paparan. Pelbagai cara boleh digunakan seperti: · saiz teks dan objek, · bentuk teks dan objek, · susun atur teks dan objek, · warna teks, objek dan latar 48
- 49. CASPER Emphasis (Penekanan ) Jangan menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian, yang mana boleh menyebabkan tumpuan lebih kepada elemen sampingan dan bukan kepada maklumat sebenar yang hendak disampaikan melalui paparan. 49
- 50. CASPER Emphasis (Penekanan ) 50
- 51. CASPER Repetition (Pengulangan) Kewujudan piawaian antara paparan dapat membantu pengguna mentafsir dan memahami dengan mudah mesej yang disampaikan. Pengulangan seperti warna latar dan saiz serta bentuk font dalam persembahan akan membantu pemahaman pengguna terhadap kategori mesej yang sedang disampaikan.. 51
- 52. CASPER Repetition (Pengulangan) Dalam keadaan tertentu, suatu mesej boleh diulang dengan menggunakan media yang berlainan termasuk media teks, grafik, audio atau animasi. 52
- 53. CASPER Repetition (Pengulangan) Contoh: 53
- 54. CASPER Repetition (Pengulangan) Contoh prinsip Pengulangan 54
- 55. Secara umumnya CASPER digunakan sebagai panduan untuk meletak dan menyusun elimen teks, grafik dan media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik. Reka letak dan penyusunan yang baik memberi kesan yang positif terhadap persembahan visual sama ada dalam format bercetak atau digital. 55 CASPER
- 56. Aktiviti/Latihan Pengubahsuaian dan penghasilan bahan visual untuk pengajaran dan pembelajaran 1. Dengan menggunakan perisian photo editing seperti Adobe Photoshop, GIMP dan seumpamanya hasilkan sebuah poster untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran. 56
- 57. Aktiviti/Latihan 2. Tema: Pembelajaran Abad ke-21 3. Saiz: A4 4. Mengandungi elimen latar belakang, teks dan grafik sama ada dihasilkan sendiri atau dari sumber internet yang diubahsuai. 5. Aplikasikan Model ADDIE dan Prinsip CASPER dalam proses penghasilan poster tersebut. 57
- 58. 58
No comments:
Post a Comment