Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
- 1. Topik 1: Teknologi dan Media Pengajaran Dr. Sajap Maswan 1
- 2. Pengenalan Topik ini akan membincangkan; 1. Konsep Teknologi dan Media untuk Pengajaran dan Pembelajaran 1. Konsep Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK)
- 3. Konsep Teknologi Maksud ‘Teknologi’ Teknologi boleh diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia
- 4. Teknologi daripada perkataan latin; “Teknos” – Teknik/cara/kaedah “Logos” _ Kaji/belajar/ ‘Study’ • ‘Mengkaji/Mempelajari teknik/ cara’ atau • Teknologi bermaksud kaedah, cara, idea untuk menghasilkan sesuatu dengan mudah dan berkesan. Konsep Teknologi
- 5. Teknologi: Bahasa Yunani “techne” – kemahiran Konsep Teknologi
- 6. Teknologi Kata Galbraith (1967) …the systematic application of scientific knowledge and other organized knowledge to practical tasks. …kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Konsep Teknologi
- 7. Teknologi: Kata Evans dan Nation (2000) “Technology is not a tool – it is an art or science of how to use a tool for a purpose.” Konsep Teknologi
- 8. Media: Menurut Percival & Elington (1984) media ialah; 1. Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan. - perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya. 2. Pelbagai Saluran Komunikasi Massa. - surat khabar, radio dan televisyen Konsep Teknologi dan Media
- 9. Media: Saluran komunikasi. Perantara. Pembawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh: filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Heinich et al.(2002), media membantu proses komunikasi. Konsep Teknologi dan Media
- 10. Media: Reiser & Gagne (1983) media ialah; Sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. - guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa saja yang boleh menyampaikan mesej. Konsep Teknologi dan Media
- 11. Media Konsep Teknologi dan Media untuk PdP Guru/Jurulatih Medium Mesej Kaedah Pelajar Guru menyampaikan mesej melalui satu medium kepada pelajar
- 12. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan? Apakah pula yang dimaksudkan dengan pengajaran? Konsep Teknologi dan Media untuk PdP
- 13. Pengajaran: Mengikut Robert Glaser (1962), proses pengajaran meliputi empat komponen yang penting iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar dan penilaian. Konsep Pengajaran
- 14. Pengajaran: Kata Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, 1991 Dari segi pendidikan, pengajaran merupakan suatu aktiviti atau proses yang bertujuan untuk mengubah tingkah laku, sikap atau kepercayaan pelajar. Proses pengajaran melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penghuraian, demonstrasi, penggunaan alat bantu mengajar, bersoal jawab dan sebagainya. Konsep Pengajaran
- 15. Pengajaran: Kajian Wan Zah Wan Ali (2000) 4 Kategori pengertian pengajaran: 1. Menyampaikan maklumat, 2. Memindahkan maklumat, 3. Mendorong maklumat, 4. Membina manusia yang lebih baik Konsep Pengajaran
- 16. Pengajaran: Kata Ramsden,(1993); Trigwel, Prosser & Lyons,(1997) Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan mengenal pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakakan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran yang diikuti. Konsep Teknologi dan Media untuk PdP
- 17. Media Pengajaran Konsep Teknologi dan Media untuk PdP G Heinich et al. (2002); Media yang membawa mesej tentang pengajaran. Guru menyampaikan mesej melalui satu medium kepada pelajar
- 18. Media Pengajaran Konsep Media Pengajaran Kemp & Smellie (1994); Audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
- 19. Media Pengajaran Konsep Media Pengajaran Segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. – Modul OUM
- 20. 1. Berlaku kekeliruan di antara teknologi pendidikan dengan teknologi pengajaran, 2. Ada yang mengatakan sama sahaja antara teknologi pendidikan dengan teknologi pengajaran. Konsep yang tidak statik. 3. Sekarang ramai yang menggunakan istilah teknologi pengajaran kerana teknologi pendidikan lebih luas jika dibandingkan dengan teknologi pengajaran Konsep Teknologi Pendidikan dan Teknologi Pengajaran
- 21. Teknologi Pengajaran: Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969) • Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan. Konsep Teknologi dan Media untuk PdP
- 22. Satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Konsep Teknologi dan Media untuk PdP
- 23. • Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, idea, alat-alat, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada proses pendidikan Crowell (1971) Encyclopedia of Education Konsep Teknologi dan Media untuk PdP
- 24. • Teknologi pendidikan ialah aplikasi prinsip- prinsip saintifik untuk mereka dan membina sesuatu bagi menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran Good (1973) Dictionary or Education Konsep Teknologi dan Media untuk PdP
- 25. • Teknologi pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan pendidikan dan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ia menimbulkan pembelajaran Uhwin, Derek (1976) Applying Educational Technology Konsep Teknologi dan Media untuk PdP
- 26. Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988) Konsep Teknologi dan Media untuk PdP
- 27. Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bahagian Teknologi Pendidikan (1991) Konsep Teknologi dan Media untuk PdP
- 28. AECT (1979) Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah- masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah- masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal. Dipetik daripada Yusup Hashim,1998 Konsep Teknologi dan Media untuk PdP
- 29. Kata Seels dan Richey (1994) “Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management, and evaluation of processes and resources for learning.” Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran. Konsep Teknologi dan Media untuk PdP
- 30. Pengertian dan konsep teknologi pengajaran Teknologi Pengajaran “Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management, and evaluation of processes and resources for learning.” (Seels dan Richey, (1994) Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk pembangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran.
- 31. 31 3 Penggunaan 2 Pengembangan 4 Pengurusan 5 Penilaian 1 Rekabentuk Teori dan amalan DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN (Seels Dan Richey, 1994)
- 32. Teori dan Amalan Pembangunan Teknologi percetakan Teknologi audiovisual Teknologi berasaskan komputer Teknologi bersepadu Pengurusan Pengurusan projek Pengurusan sumber Pengurusan sistem penyampaian Pengurusan maklumat Penilaian Analisis masalah Pengukuran rujukan kriteria Penilaian formatif Penilaian sumatif Penggunaan Penggunaan media dan inovasi Pelaksanaan Polisi dan peraturan Reka Bentuk Reka bentuk sistem pengajaran Reka bentuk mesej Strategi pengajaran Ciri-ciri pelajar DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN (Seels Dan Richey, 1994)
- 33. Domin Teknologi Pengajaran Kepentingan Domin Teknologi Pengajaran: Mendi asas dan struktur kepada bidang Teknologi Pengajaran. (Seels and Richey, 1994) Untuk menghasilkan pengajaran/latihan dan bahan pengajaran yang sistematik dan berkesan.
- 34. Kepentingan Domin Teknologi Pengajaran: Bahan pengajaran yang direkabentuk dan dibina perlu dinilai, diguna dan diurus supaya dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran Kurikulum memberi tumpuan kepada apa yang hendak diajar, Teknologi Pengajaran pula memberi tumpuan kepada bagaimana hendak mengajar. (Snelbecker, 1974) Domin Teknologi Pengajaran
- 35. Kepentingan Teknologi Pengajaran: 1. Kesesuaian isi kandungan program pendidikan dan latihan masa kini. 2. Kesesuaian kaedah PdPk yang sedia ada berbanding dengan teknologi masa kini 3. Mengubah peringkat membuat keputusan 4. Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran 5. Mengubah pengalaman pembelajaran Domin Teknologi Pengajaran
- 36. Konsep TPACK TPACK merupakan singkatan dari Technological Pedagogical and Content Knowledge. (pengetahuan teknologi, pedagogi, dan isi kandungan) Konsep ini dikembangkan berdasarkan konsep pengetahuan pedagogi dan isi kandungan yang dikembangkan oleh Schulman (1986) yang menggabungkan kedua domain tersebut dalam pembelajaran.
- 37. Konsep TPACK Konsep TPACK dikembangkan oleh Punya Mishra dan Matthew J. Koehler kesan daripada perkembangan teknologi yang pesat dalam kehidupan masyarakat
- 38. Konsep TPACK Mishra & Khoehler menjelaskan bahwa pengajaran yang berkualiti memerlukakan pemahaman yang kompleks yang saling berhubungan diantara tiga sumber utama pengetahuan: teknologi, pedagogi, dan isi kandungan, dan bagaimana ketiga sumber itu diterapkan sesuai dengan konteksnya. (Koehler & Mishra, 2008, 2009; Mishra & Koehler, 2006). Hubungan-hubungan tersebut dapat tergambarkan pada gambar di bawah ini:
- 39. Konsep TPACK
- 40. Konsep TPACK Secara umum kerangka TPACK adalah terdiri daripada 7 komponen iaitu; CK - Content Knowledge (Pengetahuan Kandungan) PK - Pedagogical Knowledge (Pengetahuan Pedagogi) TK - Technological Knowledge (Pengetahuan Teknologi) PCK - Pedagogical Content Knowledge (Pengetahuan Pedagogi Kandungan) TCK - Technological Content Knowledge (Pengetahuan Teknologi Kandungan TPK - Technological Pedagogical Knowledge (Pengetahuan Teknologi Pedagogi)
- 41. Konsep TPACK Kesimpulan: Menurut Koehler dan Mishra (2008), integrasi pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan dalam pengajaran akan menghasilkan PdP yang efektif dan sempurna bagi seorang guru atau pengajar.
- 42. Konsep TPACK Kesimpulan: Menurut Koehler dan Mishra (2008), integrasi pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan dalam pengajaran akan menghasilkan PdP yang efektif dan sempurna bagi seorang guru atau pengajar.
- 43. sajap@ipgktb.edu.my http://www.sajadstudio.info
- 44. 44
Terima kasih atas artikelnya yang sangat bermanfaat
ReplyDelete