EDUP3053
BAHAGIAN A
( 30 markah )
Dengan menggunakan contoh yang sesuai, huraikan peranan rangka kerja TPACK
dalam memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh guru
agar dapat mengintegrasi teknologi secara berkesan ke dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Contoh Hujah:
TPACK adalah singkatan yang terdiri daripada tiga domain pengetahuan profesional
yang berbeza yaitu T untuk Pengetahuan Teknologikal, P untuk Pengetahuan
Pedagogi, dan C untuk Pengetahuan Kandungan. Model ini terdiri daripada interaksi
ketiga-tiga domain pengetahuan/kemahiran yang diperlukan untuk mengintegrasi
teknologi secara berkesan ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Elemen-elemen
dalam TPACK tersebut adalah PK-Pengetahuan Pedagogical (Pedagogical
Knowledge), CK-Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge), PCK-Pengetahuan
Kandungan Pedagogi (Pedagogical Content Knowledge), TK-Pengetahuan
Teknologikal (Technological
Knowledge),
TCK-Pengetahuan Kandungan
Teknologikal (Technological Content Knowledge), TPK-Pengetahuan Teknologikal
Pedagogical (Pedagogical Technological Knowledge) dan TPCK-Pengetahuan
Kandungan Teknologikal dan Pedagogikal (Technological Pedagogical Content
Knowledge). TPACK berfungsi sebagai kerangka analisis bagi pengintegrasian
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran melalui cara pembelajaran seperti
blended, flipped dan kolaboratif, dimana bilik darjah menjadi tempat pembelajaran
berpusatkan murid.
Sebagai contoh, PCK merujuk kepada pengetahuan khusus guru tentang organisasi
kandungan dalam sesuatu disiplin. Seorang guru sains mungkin menggunakan PCK
dalam mempertimbangkan cara terbaik untuk mengajar kaedah saintifik, sama ada
memilih pengalaman secara "hands-on' atau pembacaan dan penghafalan melalui
teks.
Hujah-hujah lain:
• (PK) melibatkan keseluruhan pemahaman guru yang membawa kepada
proses pengajaran yang berkesan, bermula daripada pemahaman tentang
proses perancangan pembelajaran sehinggalah pengetahuan tentang
pengurusan bilik darjah, penggunaan masa pengajaran, dan perkembangan
psikologi murid. Berdasarkan matlamat pengajaran dan kandungan yang
perlu diajar, seorang guru dapat membuat pertimbangan serta memilih
strategi pengajaran yang paling sesuai untuk digunakan
(CK) merujuk kepada pengetahuan yang perlu ada pada guru untuk mengajar
bidang kandungan tertentu seperti sains, kajian sosial atau muzik
(TK) merujuk kepada pengetahuan guru tentang media pendidikan yang
menyokong pengajaran dan produktiviti kelas serta yang
diperlukan untuk membuat setup, mengendali dan menyelenaikan masalah
yang mungkin berlaku semasa penggunaan media tersebut
(TCK) merujuk kepada pemahaman guru tentang cara teknologi menyokong
mereka dalam memahami isi kandungan yang diajar. Sebagai contoh video
klip dapat dimuat turun daripada YouTube untuk digunakan sebagai set
induksi dan sebagai penghubung pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan baru yang akan diajar; misalnya apabila guru ingin
menerangkan sesuatu proses atau menunjukkan sesuati impak seperti
gempa bumi
(TPK) digunakan untuk membuat keputusan tentang bagaimana teknologi
dapat menyokong strategi, model, atau jenis aktiviti bagi sesuatu pelajaran
tertentu
(TPK) melibatkan pengetahuan tentang bila teknologi dapat/tidak dapat
digunakan untuk penyokong pengajaran dan pembelajaran serta cara
pelaksanaan yang paling berkesan
Jumlah = 10 markah
Cikgu Abu Kassim bercadang untuk membuat ilustrasi bagi mengajar tajuk "Haiwan
Peliharaan" dengan menggunakan perisian grafik. Beliau bercadang menerapkan
elemen grafik seperti garisan, ruang, warna, permukaan, rupa dan bentuk dalam
komposisi visual yang akan dihasilkan.
Terangkan prinsip-prinsip asas grafik yang perlu dipertimbangkan oleh Cikgu Abu
Kassim dalam melaksanakan cadangannya tersebut.
Contoh Hujah
Prinsip grafik merupakan kaidah atau cara menggunakan elemen-elemen
grafik supaya visual yang dihasilkan menjadi lebih menarik dan berkesan.
Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun
pengetahuan tentangnya dapat membantu seseorang pereka dalam
menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Prinsip-prinsip grafik yang akan
dibincangkan ialah simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi, harmoni, kesatuan
dan kontra.
Simplisiti menghadkan idea pada sesuatu reka bentuk supaya dapat memberi
pemahaman idea yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan
mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu
visual akan mengelirukan. Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan
perlu dihadkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang
hendak dipaparkan ringkas, mudah dan dapat merangsangkan pemikiran.
Hujah-hujah lain
Dominan
Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan
visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agapat dilihat dan
dibaca maksudnya.
Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :
a)
Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)
b)
Warna dan bentuk yang kontras
c)
Saiz yang lebih besar
d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama
e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama
f)
g)
Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair,
guli atau kipas
Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.
Pola
Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu
rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat
menarik penglihatan mata ke arah item yang utama, Dapat menggerakkan
penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul. Dapat
mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran
persembahan sehingga sampai kepada titik akhir.
Seimbang
Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan
sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya
beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini,
mata rasa selesa memandang.
Terdapat dua jenis seimbang
a)
Seimbang formal
Bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual sama
ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah.
b)
Seimbang tidak formal
Bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan
kanan atau atas dengan bawah.
Variasi
Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya
menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak.
Perlu mempelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia
dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat. Variasi
pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.
Harmoni
Dalam rekaan grafik kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan
idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca
mengikut perkembangan keseluruhan visual. Justeru harmoni memberikan
rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat
melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran, persembahan,
perspektif dan kesatuan mesej.
Kesatuan
Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam
sesuatu gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram,
teratur dan selesa.
Kontra
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah
dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk perhatian,
memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra
dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang
berlainan.
Jumuah = 10 markah
Banyak bahan audio dan video dalam talian seperti YouTube menyediakan peluang
pembelajaran yang autentik untuk murid meningkatkan pengalaman pembelajaran
murid.
Jelaskan kesesuaian penggunaan video dalam talian sebagai resos sokongan untuk
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sekolah randah.
Rujuk kepada Rubrik Pemarkahan yang dilampirkan.
Perbincangan seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan berikut, namun
mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan yang dilampirkan.
Contoh Hujah:
Bahan audio dan video dalam talian kini mudah didapati dan dimuat turun daripada
Internet. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa audio dan video digital dapat
memberi inspirasi dan mendorong penglibatan murid apabili diintegrasikan dengan
aktiviti pembelajaran berpusatkan murid. Salah satu cara adalah dengan
menggunakan video yang menunjukkan senario kehidupan sebenar untuk tujuan
tertentu misalnya video yang menunjukkan kemusnahan yang diakibatkan oleh
gempa bumi dapat digunakan untuk mengasah kemahiran merid bertutur. Dalam hal
ini, kandungan video yang dipilih adalah penting kerana ia bertindak sebagai
pencetus untuk melibatkan murid dalam perbincangan, merangsang perasaan
mereka serta memotivasikan mereka untuk bercakap; justeru menjadikan pengajaran
lebih menyeronokkan, produktif dan menarik untuk kedua-dua murid dan guru.
Dalam kes-kes tertentu, video juga dapat menggantikan guru dalam menyampaikan
fakta atau menunjukkan prosedur misalnya dalam pembelajaran masteri di mana
seseorang murid mungkin perlu melihat mekanikal kompleks seberapa
banyak kali yang dikehendakinya.
Walau bagaimanapun, kejayaan integrasi video dalam talian di dalam bilik darjah
bergantung kepada akses yang ada, dan siapa yang menggunakannya. Sebagai
contoh, di dalam bilik darjah yang hanya terdapat satu komputer, pembelajaran akan
berpusatkan guru dan integrasi akan banyak bergantung kepada keperluan guru,
dan tidak semestinya keperluan murid. Kejayaan juga akan bergantung
kepada pengetahuan dan kemahiran guru untuk mencari video yang paling sesuai
dengan topik dan strategi pengajaran serta cara guru menggunakannya untuk
memotivasikan murid menonton serta memahami kandungan video tersebut.
Kebaikan
Ketersediaan video dalam talian akan mendorong guru supaya menggunakan
model bilik darjah "flipped classroom'
Video dalam talian dapat mempelbagaikan teknik pengajaran guru demi
mengelakkan kebosanan serta membolehkan murid belajar mengikut kadar
pembelajaran mereka
Pandangan pakar boleh dibawa masuk melalui video dalam talian untuk
memberi murid inspirasi dalam pembelajaran serta meningkatkan pengalaman
pembelajaran mereka dan melibatkan mereka dalam perbincangan
Kelemahan
Quality bahan audio dan video: bahasa, visual, kejelasan, kandungan
Gaya dan organisasi kandungan
Kreativiti guru
Studio,
Pengurusan masa
Jumlah = 10 markah
No comments:
Post a Comment