Rayau

Thursday, June 27, 2019

Q&A Bahagian B

EDUP2053
BAHAGIAN B
( 20 markah )

Video merupakan media pengajaran yang boleh memaparkan imej realistik dan
sangat berkesan dalam menyampaikan mesej. Penghasilan video yang berkualiti
seharusnya mengandungi tiga peringkat produksi: praproduksi, produksi dan
pascaproduksi.
Perincikan langkah-langkah pada setiap peringkat produksi untuk menghasilkan satu
klip video wawancara tokoh sejarah bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

Contoh Hujah:

Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan impak
yang lebih baik kerana dapat memudahkan pemahaman murid. Bagi memastikan
media yang digunakan sesuai dan berkesan, perancangan dan penghasilan yang
teliti perlu dijalankan.

Pada peringkat praproduksi, langkah pertama ialah saya akan menentukan matlamat
penghasilan klip video untuk wawancara tokoh sejarah. Saya juga akan menentukan
topik wawancara bagi penghasilan klip video tersebut. Membuat penyelidikan
tentang tokoh dan kandungan video yang akan dihasilkan. Saya akan membuat
kajian tentang kandungan topik wawancara dan mengenal pasti beberapa tokoh
yang sesuai. Bahan-bahan yang berkaitan jagakan dikumpulkan. Memilih tokoh
yang sesuai. Saya akan memilih tokoh yang sesuai bagi wawancara yang akan
dijalankan dan menghubungi tokoh berkenaan untuk mendapatkan persetujuan dan
membuat janji temu sesi penggambaran wawancara. Bahan-bahan lain yang
diperlukan dan releven akan dipilih juga. Menulis skrip penggambaran dan soalan
bagi sesi penggambaran wawancara. Soalan-soalan yang telah ditetapkan akan
dimaklumkan kepada tokoh yang bakal diundang. Bersedia membuat penggambaran
dengan menentukan susunan sesi penggambaran dan lokasi yang akan dijalankan.
Latihan wawancara juga akan dijalankan. Menyediakan backdrop, kerusi dan meja
untuk sesi wawancara tersebut. Menyediakan peralatan penggambaran seperti
kamera, tripod, mikrofon dan lampu. Saya akan memastikan semua peralatan ini
berfungsi dengan baik.

Di peringkat produksi saya akan menjalankan pengganbaran. Penggambaran
wawancara bersama tokoh akan dijalankan pada tarikh dan masa yang telah
ditetapkan. Di peringkat pascaproduksi, saya akan menyunting rakaman video
dengan menggunakan perisian yang sesuai. Seterusnya, proses render akan
dilakukan dalam format yang sesuai dengan perkakasan yang bakal digunakan. Klip
video yang telah disunting akan dipratonton untuk memperbaiki kesilapan sekiranya
ada. Menyimpan klip video berkenaan dalam format yang sesuai dan sedia untuk
digunakan dalam sesi pengajaran.
Semua langkah penghasilan video yang telah dirancang akan dijalankan dengan
baik bagi memastikan klip video yang dihasilkan bermutu dan berkesan untuk
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hujah-hujah lain:Peringkat Praproduksi:

Menyediakan hiasan yang sesuai dengan tajuk wawancara.
Menyediakan pakaian untuk tokoh dan moderator
• Menyediakan dua atau tiga kamera untuk penggambaran supaya hasil klip lebih
baik.

Peringkat Produksi:
• Menggunakan khidmat dua atau tiga orang jurukamera.
Peringkat Pascaproduksi:
• Memasukkan kesan-kesan khas video dan audio yang relevan.

[20 markah]
.
Frog VLE (Virtual Learning Environment) merupakan satu contoh aplikasi
pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang sedang digunakan di
sekolah.
Pada pendapat anda, sejauh manakah aplikasi Frog VLE dapat membantu guru dan
murid untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Contoh Hujah:

Penggunaan aplikasi dalam talian, Frog VLE, untuk penyampaian bahan pengajaran
dan pembelajaran kini semakin ditekankan di sekolah.
Aplikasi ini membolehkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam
satu ruang pembelajaran yang dikenali sebagai site. Guru boleh menyediakan satu
site yang mengandungi beberapa tab menu yang diperlukan mengikut tajuk yang
akan disampaikan. Setiap tab menu boleh mengandungi submenu yang sesuai dan
guru hanya perlu memasukkan maklumat yang diperlukan seperti video, powerpoint,
pemprosesan perkataan dan grafik atau imej. Ini secara tidak langsung
mengurangkan gangguan kepada tumpuan guru dan murid.
Namun, aplikasi dalam talian Frog VLE yang ditekankan penggunaannya di sekolah
untuk penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran mungkin membebankan
guru dan murid dari segi penyediaan dan juga capaian. Tema yang disediakan bagi
setiap site adalah tetap dan tidak boleh diubah atau diganti. Ketetapan ini
membuatkan guru terpaksa menggunakan tema yang mungkin tidak sesuai dan
mengganggu tumpuan murid. Di samping itu, bagi guru dan yang kurang mahir
dalam menggunakan aplikasi ini akan merasa terganggu dengan tab menu yang
mengelirukan.

Walau bagaimanapun, Frog VLE sememangnya merupakan satu platformpengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu guru dan murid mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan berkesan kerana
kemampuannya menampung setiap aspek penyampaian dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Hujah-hujah lain:

(Membantu guru dan murid)
Aplikasi ini juga membolehkan guru menyediakan kuiz dan tugasan secara dalam
talian dan murid boleh mendapat maklum balas pencapaian kuiz mereka dengan
segura.
Aplikasi kuiz Frog play boleh membangkitkan keseronokan belajar. Murid juga
boleh memuat naik tugasan yang telah mereka selesaikan sama ada
menggunakan pemprosesan perkataan atau powerpoint menggunakan widget
fail uploader yang disediakan tanpa perlu membuka emel.
Penggunaan aplikasi ini juga membolehkan murid membuat ulang kaji secara
sendirian pada luar waktu pengajaran dan pembelajaran kerana site dalam
aplikasi Frog VLE bukan sahaja berfungsi sebagai alat bantu mengajar kepada
guru tetapi juga boleh berfungsi sebagai bahan bantu belajar kepada murid pada
bila-bila masa mereka memerlukannya.
Aplikasi ini juga membolehkan guru untuk memantau penglibatan murid dalam
penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran secara umum atau individu
kerana aplikasi ini membenarkan guru-guru untuk memberi tugasan secara
individu kepada murid yang mungkin memerlukan tugasan tambahan tanpa perlu
melibatkan murid yang lain.
Aplikasi ini juga menyediakan emelnya sendiri.
Platform pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel.
Aplikasi ini juga sangat mesra pengguna dan mudah untuk diguna atau diurus.
• Boleh diintegrasikan dengan aplikasi yang lain seperti permainan dan kuiz
luaran.
Mempunyai versi mudah alih, tugasan boleh dicapai menggunakan peranti
mudah alih (smartphone) dan gajet yang lain.
Antara muka yang statik dan perubahan paparan hanya berlaku apabila memilih
tab menu yang berbeza, kurang ganggu tumpuan.
Hujah-hujah lain: (Tidak Membantu guru dan murid)
Kemungkinan murid menghadapi masalah mencapai dan menyelesaikan kuiz
dan tugasan yang disediakan secara dalam tarian tanpa bantuan guru.
• Murid menghadapi masalah memuat naikkan tugasan yang telah selesai kerana
mereka tidak mahir dengan aplikasi tersebut.
• Guru pula kurang mahir dalam menggunakan widgets dan menyediakan site
secarasalah.
• Penggunaan aplikasi ini membebankan murid membuat ulang kaji secara
sendirianpada luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
• Guru yang kurang mahir tidak mampu dan mahir membuat pemantauan terhadap
penglibatan murid dalam penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran
secara umum atau individu.
• Antara muka yang statik, boleh menimbulkan kebosanan.

[20 markah]

EDUP3053
BAHAGIAN B
(20 markah )

Perisian aplikasi seperti pemproses perkataan, hamparan elektronik dan
persembahan elektronik boleh diintegrasikan bagi menghasilkan multimedia interaktif
untuk pengajaran dan pembelajaran.
Kemukakan idea anda berkenaan penggunaan perisian aplikasi tersebut bagi
menghasilkan multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran sesuatu
topik tertentu.

Contoh Hujah:

Multimedia interaktif merangkumi kombinasi dua atau lebih etemen: teks, grafik, imej
pegun, animasi, video, audio dan interaktiviti. aplikasi seperti pemproses
perkataan, hamparan elektronik dan persembahan elektronik walaupun dibangunkan
untuk tujuan yang berlainan boieh diintegrasikan bagi menghasilkan multimedia
interaktif untuk sesuatu topik pengajaran. Dengan sedikit kreativiti, guru dapat
menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut untuk mengatur, memanipulasi, mereka
bentuk, dan menghasilkan idea dengan cara yang kreatif dan interaktif.
Multimedia interaktif mempunyai kapasiti untuk menyampaikan sejumlah besar
maklumat atau bahan dalam pelbagai bentuk. Ini dilakukan dalam persekitaran yang
bersepadu, justeru membolehkan pengguna mengawal pengalaman membaca dan
menonton mereka. Sebagai contoh, pelajaran sejarah kebangkitan dan
kejatuhan Kesultanan Melaka boleh diajar melalui sebuah buku elektronik (e-book)
interaktif. MS Word atau PowerPoint boleh digunakan untuk pembentangan
maklumat melalui teks dan gambar. Ini pula dapat dihubungkan kepada laman web
yang relevan; dengan itu murid dapat menumpukan kepada satu idea yang lain
mengikut rentak dan minatnya.

Dengan menggunakan hamparan elektronik seperti MS Excel, guru dapat membina
carta dan garis masa (timeline) tentang peristiwa yang pada era berkenaan.
Selain itu, audio seperti ucapan terkenal, rekaman lagu rakyat serta klip filem boleh
disematkan ke dalam perisian persembahan dan dihubungkan kepada sumber-
sumber di Internet serta resos lain yang dibina dengan menggunakan perisian
seperti MS Word dan PowerPoint. Dengan itu, struktur e-book berkenaan tidak akan
terhad kepada satu jalan cerita linear tetapi menjadi satu rangkaian yang saling
berhubungkait, serta memberikan pembaca akses kepada arkib maklumat
multimedia yang menarik dan versatil.

Hujah-hujah lain:

MS Word untuk menghasilkan
- infografik
- cerita, puisi, artikel berita
- dokumen dan lembaran kerja yang menarik

• MS Excel untuk menghasikan
- poster sebagai alat bantu visual pengajaran
- kad imbasan untuk digunakan sebagai latih tubi
- aktiviti latih tubi ejaan
- grid untuk permainan word scramble
- carta dan jadual untuk organisasi, persembahan dan menyediakan ringkasan
data/fakta utama

• MS PowerPoint untuk menghasilkan
- outline bagi sesuatu proses. Contohnya kitaran hayat rama-rama, peringkat
pembuatan, atau kitaran air
- kandungan visual yang kaya dengan multimedia dan interaktif, kad imbasan
elektronik, bahan tutorial dan kuiz
- suatu peta lokasi yang interaktif dengan menghubungkan tempat berkenaan
kepada acara, isu atau penjelasan tentang kepentingan sesuatu kawasan

Jumlah = 20 markah

Pembelajaran abad ke-21 menghendaki guru untuk melahirkan murid yang
berproduksi tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras
tinggi serta mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Sejauh manakah anda bersetuju bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) merupakan pemangkin kepada usaha tersebut ?

Contoh Hujah

Pembelajaran Abad Ke - 21 menghendaki guru untuk melahirkan murid yang
produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi
serta mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Saya amat setuju bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan
pemangkin kepada Pembelajaran Abad Ke - 21 kerana penggunaannya dapat
meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian pengajaran guru. Ini dapat
mewujudkan suasana pembembelajaran di dalam kelas yang sangat
menyeronokkan. Guru mendapati tajuk-tajuk sukar yang berbentuk konsep dan
proses mudah disampaikan kerana murid.

Hujah-huiah lain

Bersetuju bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan
pemangkin Pembelajaran Abad Ke - 21
Meningkatkan kemahiran pengunaan komputer di kalangan guru dan murid
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam pengajaran dan
pengajaran guru
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan, proses pengajaran
dan pembelajaran bersifat interaktif antara guru dengan murid, dan murid
dengan murid
Memudahkan pengumpulan maklumat yang sukar dengan mengakses
maklumat atau pembelajaran secara dalam talian
Melaksanakan tugasan kumpulan atau digunakan untuk pembelajaran
melalui proses komunikasi, kolaboratif dan persaingan sihat antara kumpulan.
Mewujudkan perhubungan jaringan komuniti profesional dalam kalangan guru
dan murid
Dapat bertukar-tukar idea sesama guru dari pelbagai tempat melalui e-mail,
net meeting chat room dan lain-lain

Tidak bersetuju bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
merupakan pemangkin Pembelajaran Abad Ke - 21
Modul dan kandungan bahan yang ada kurang menarik, tidak informatif dan
statik kerana kurangnya pembangunan kurikulum
Isu logistik dan maklumat tidak terkini
Kos pembangunan perisian yang tinggi.
Tiada pangkalan data bersepadu bagi perkongsian maklumat
Kos yang terlibat dalam penyediaan prasarana SMK sangat tinggi
Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara bandar dan luar bandar
menjadikan sekolah luar bandar ketinggalan
Peralatan TMK yang mempunyai jangka hayat yang tidak panjang (EOL) dan
usang masih digunakan.
Guru tidsk kompetensi dalam pengurusan pengoperasian peralatan TMK di
sekolah.
Sistem rangkaian (LAN) dan jalur lebar tidak meluas di semua sekolah dan
tidak menepati piawaian, menyukarkan capaian kepada internet.
Terdapat pelbagai ancaman seperti serangan virus komputer dan serangan
siber.

Jumlah = 20 markah

No comments:

Post a Comment