Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapatmengaplikasikan kemahiran pelbagai teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran serta menguasai kemahiran merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran dengan cekap
Rayau
▼
Monday, July 8, 2019
BAB 5 KONSEP ASAS GRAFIK
BAB 5 KONSEP ASAS GRAFIK
Grafik - kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang, perkataan @ citra yg menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan konsep @ idea daripada kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu (P&P).
Grafik – suatu bentuk komunikasi visual yg menggunakan teks @ gambar untuk menyampaikan informasi @ mesej.
Media elektronik – ‘grafik interakrif’ @ ‘grafik multimedia’
Multimedia – perisian @ aplikasi yg berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua @ lebih daripada dua media, iaitu teks, grafik, animasi, audio dan video.
Peralatan Asas Bagi Reka Bentuk Grafik
Akal (kreativiti)
Mata
Tangan
Alat-alat tradisional (pensel, dakwat, dll)
Komputer, dll.
Fungsi Grafik Dalam Pembelajaran
Mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Contoh – lambang tulisan cina difahami penduduk china walaupun dialek berbeza.
Mendorong interaktif yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. – Pembelajaran lebih berkesan apabila pelajar melibatkan diri dalam proses penghasilan bahan pengajaran berasaskan grafik.
Elemen Asas Reka Letak Grafik
1.Titik - Penggerak utama sesuatu bentuk dan juga sebagai penanda sesuatu kedudukan di dalam ruang. - Tidak mempunyai ukuran panjang @ lebar, bersifat statik, tidak mempunyai arah, secara relatif bebas, dan menjadi pusat sesuatu unsur.
2.Garisan - Percantuman dua titik yang mempunyai jarak tertentu. - Kombinasi jari membentuk imej 2D dan 3D.
3.Rupa geometri – Rupa-rupa yang mempunyai sempadan yg tetap. Contohnnya segiempat dan bulat.
4.Rupa organik – Rupa-rupa yang bebas, tidak bersudut dan tanpa sempadan yg tetap.
Chang Hon Woon (1997) – Garisan dapat digunakan dengan tujuan menunjukkan pergerakkan, dijadikan motif mencorak, menghasilkan ton, menimbulkan bentuk, mencipta ruang, dan menimbulkan jalinan.
Permukaan - Beberapa garisan pada sesuatu kedudukan sama ada menegak atau mendatar. - Contoh : permukaan di atas (bumbung rumah), permukaan menegak (dinding) dan permukaan di bawah (lantai / permukaan bumi).
Bentuk - Mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.
Ruang - Kawasan kosong yg berada di sekeliling sesuatu objek yang juga dirujuk sebagai jarak antara dua objek @ rongga yang terdapat dalam sesuatu benda.
Ruang nyata – Ruang yg terdapat pada bentuk-bentuk konkrit, iaitu objek sebenar bersifat 3D. Ia dapat dilihat, disentuh dan dirasa.
Ruang tampak – Ruang ilusi yang timbul, iaitu bersifat 2D seperti gambar dan lukisan.
Warna - Pembalikan cahaya daripada sesuatu objek @ permukaan.
Warna asas – Biru, Merah dan Kuning.
Warna sekunder - Kuning + Biru = Hijau / Merah + Biru = Ungu / Kuning + Merah = Jingga.
Warna tertier – Warna Asas + Warna Sekunder.
Fungsi warna : Melahirkan kesan @ pengaruh tertentu contohnya kuning dikaitkan dengan institusi beraja. Warna juga mewujudkan perasaan harmoni.
Contohnya warna terang mencetuskan keriangan dan kedamaian.
Prinsip Reka Letak Visual (CASPER)
C (Contrast) - Kontras – Cara untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu.
A (Alignment) - Seimbang – Reka letak teks dan grafik haruslah diseimbangkan.
S (Simplicity) - Simplisiti (Keep It Simple and Stupid) supaya boleh difahami.
P (Proximity) - Item yang berkaitan haruslah diletakkan berdekatan.
E (Emphasis) - Fokus kepada item utama sahaja.
R (Repetition) - Tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu.
üTipografi – Suatu ilmu dalam pemilihan dan penyusunan fon pada ruang-ruang yang tersedia untuk mencipta kesan tertentu yang menolong pembaca berasa selesa untuk membaca semaksimum mungkin.
üStail Fon : Roman – Fon yg memiliki sirip / kaki / serif yg berbentuk lancip pada hujungnya. Sans serif – Fon ini tidak mempunyai sirip / serif.
üSkrip @ Kursif – Fon goresan tangan, miring ke kanan. Egyption – Ciri kaki / sirip / srif yang berbentuk persegi.
üDekoratif - Pengembangan daripada bentuk-bentuk fon yang sudah ada.
üSaiz Fon - Saiz normal yg sering digunakan – 6 ke 72 poin.
No comments:
Post a Comment