BAB 3 MEDIA PENGAJARAN
v Media = Medium sesuatu saluran komunikasi yang membawa maklumat.
v Berperanan mendorong minat pelajar mengikuti proses pengajaran dan meningkatkan pemahaman terhadap isi pengajaran.
v Teknologi memungkinkan P&P berlangsung tanpa kehadiran guru.
v Media pengajaran yang mendorong pembelajaran kendiri boleh berbentuk bahan-bahan media yang disediakan oleh guru sendiri @ pihak lain.
v Guru berperanan dalam menentukan hasil pembelajaran, pemilihan tajuk dan isi pelajaran, pemilihan strategi, teknik dan kaedah pengajaran serta penilaian.
v Percival dan Elington (1984) – mengetengahkan 2 bentuk media :
1. Saluran Komunikasi – radio, televisyen dan suratkhabar;
2. Alatan Fizikal Teknologi – filem, slaid, gambar, pita rakaman.
v Media dalam pengajaran – sesuatu alatan yang berupaya menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat dan menarik perhatian penerima.
Fungsi Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
- ü Pembantu Guru – Dalam merancang jenis dan bentuk media yang sesuai digunakan.
- ü Pengganti Guru – Sekiranya guru menghadapi kekangan seperti mesyuarat dan kursus.
- ü Pembelajaran Berasaskan Projek – Pelajar berpeluang mengakses pelbagai maklumat
- ü Media Dalam Pendidikan Khas – Membantu mereka belajar dengan lebih sempurna.
- ü Media Dalam Pendidikan Jarak Jauh – Membolehkan interaksi menerusi komputer
- ü Media Dalam Folio Pembelajaran – Mendidik sikap teliti dalam menyediakan folio.
- ü Media Penyebar Ilmu – Contoh : TV pendidikan menyediakan rancangan berinformatif.
Jenis Dan Klafikasi Media
- Hoban dan Zissman (1937) – Meletakkan nilai sesuatu bahan pandang dengar bergantung pada tahap realistiknya.
- Pengalaman Konkrit – Pengalaman sebenar yang dialami oleh pelajar dan ia semakin berkurangan apabila pelajar menjadi pemerhati kepada sesuatu peristiwa.
- Pengalaman Abstrak – Pengalaman yang dilalui oleh pelajar melalui sesuatu simbol visual atau verbal yang perlu ditafsirkan.
- Jenis dan klafikasi media :
- ü Media Bergerak (Rakaman video, animasi & filem)
- ü Orang (Guru, pelajar & orang ramai)
- ü Objek / Model yang boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar
- ü Teks (Poster, buku, suratkhabar, majalah, risalah & modul)
- ü Visual (Diagram, lukisan, foto, grafik, slaid, transparensi)
- ü Audio (Suara, bunyi-bunyian, muzik & lagu)
No comments:
Post a Comment