Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapatmengaplikasikan kemahiran pelbagai teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran serta menguasai kemahiran merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran dengan cekap
Rayau
▼
Monday, July 8, 2019
Bab 10 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM P&P
Bab 10 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM P&P
Pemprosesan perkataan ialah menggunakan penggunaan perisian seperti Microsoft Word bagi tugas menaip, menyunting, dan mencetak sesuatu dokumen.
ØBertujuan membantu guru dalam penyediaan bahan, rancangan harian, surat menyurat, laporan dan bulletin.
ØPemprosesan perkataan terdiri daripada perwujudan sesuatu fail, penyimpanannya secara elektronik dalam cakera padat, pameran di skrin, pengeditan melalui arahan, dan aksara dari papan kekunci dan pencetakan dengan menggunakan pencetak (printer).
ØPemprosesan perkataan boleh menjadi aktiviti yang berkesan terutama kepada guru bahasa dalam pengajaran dan pembelajarannya. Antaranya : Aktiviti mencantum ayat, memperbaiki ejaan dan menambah dan membetulkan tanda bacaan
Perisian persembahanElektronik seperti Microsoft PowerPoint membantu guru-guru mengukuhkan sesi pengajaran serta menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru.
ØPerisian dapat membantu guru mencerakinkan fakta dan menjelaskan isi pengajaran.
ØPerisian ini membolehkan guru memilih pelbagai corak teks, grafik, animasi, audio dan video untuk diintegrasikan dalam slaid dan ditayangkan sebagai bantuan untuk sesi pengajaran.
ØBagi aktiviti pembelajaran, perisian ini amat sesuai digunakan sebagai salah satu alat dalam aktiviti kumpulan dalam apa sahaja mata pelajaran.
ØPerisian persembahan elektronik adalah versatile kerana ia boleh digunakan untuk semua subjek dan kurikulum
ØIa boleh membina dan mencyampaikan persembahan slaid untuk isi pengajaran, peta, projek, carta, nota kelas, kuiz, peperiksaan dan sebagainya
ØMicrosoft Power Point (contoh perisian persembahan elektronik) adalah aplikasi yang amat bermanfaat dalam menyampaikan maklumat
ØAplikasi ini amat memudahkan pengguna kerana terdapat banyak templat dan pakej persembahan yang boleh digunakan oleh pengguna sebagai permulaan.
ØKeupayaan Microsoft PowerPoint yang boleh diintegrasikan dengan media lain seperti audio dan video amat membantu dalam penyampaian maklumat.
Perisian Hamparan Elektronik membantu pengguna mengolah dan mengurus data nombor untuk tugas seperti penyimpanan rekod atau akaun.
ØGuru menggunakan perisian elektronik bagi tugas yang melibatkan aktiviti penyimpanan akaun kewangan dan juga untuk pengiraan markah dan gred.
ØPerisian seperti Microsoft Excel memudahkan guru semasa mengira jumlah markah, purata, memberikan gred, menyusun serta menyaring data.
ØAplikasi ini juga akan memudahkan proses pengiraan yang berkaitan dengan kewangan, statistik, pembinaan graf dan carta dengan lebih mudah dan tepat.
ØSelain itu, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk menjalankan fungsi pengiraan matematik, menyusun data dan menghasilkan carta dan graf visual yang diwakili oleh maklumat.
Perisian pangkalan data seperti Microsoft Access membantu guru menyimpan, mengurus, dan mengubahsuai maklumat, iaitu berbentuk teks dan nombor.
ØPerisian pangkalan data sangat sesuai kerana membolehkan penggunanya mencari maklumat dengan pencarian kata-kata kunci.
ØDigunakan bagi merekod penyimpanan data dan maklumat seperti maklumat pelajar, inventori dan maklumat guru.
ØGuru boleh menggunakan aplikasi ini bagi mengajar tajuk yang memerlukan penganalisisan data.
ØDengan maklumat yang diperolehi, pelajar boleh merancang sesuatu untuk memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti.
ØSalah satu kelebihan penggunaan pangkalan data adalah sebagai medium untuk mengurus dan menyampaikan maklumat untuk dianalisis.
ØProgram pangkalan data membenarkan pengguna untuk mengklasifikasikan sistem bergantung kepada keperluan seperti penyimpanan rekod dan penghasilan rekod untuk semua fail atau setiap individu.
ØTemplat-templat dalam aplikasi ini amat berguna dan disesuaikan dengan pelbagai situasi tugas guru dan persekitaran sekolah.
Perisian pengarangan multimedia ialah perisian yang boleh mengintegrasikan kombinasi unsur teks, grafik, animasi, video, dan audio untuk menghasilkan sesuatu projek atau pakej yg ada ciri interaktif.
ØMultimedia interaktif yang dihasilkan guru boleh diintegrasi ke dalam P&P menggunakan elemen teks, grafik, bunyi dan sebagainya.
ØMacromedia Authorware amat berguna kerana berinteraktif dan dapat menarik tumpuan pelajar yg pelbagai kecerdasan.
ØPengajaran pembelajaran berasaskan media interaktif melalui CD lebih menarik, dinamik, interaktif, serta disokong dengan audio, video, grafik dan animasi. Di samping itu, pelajar boleh mengikuti pelajaran mengikut tahap, kesuaian masa, dan keupayaan (self-access, self-paced dan self-directed).
Pembelajaran interaktif merupakan suatu kaedah yg dinamik kerana aplikasi multimedia memerlukan pelajar memberikan respons serta berinteraksi secara aktif.
ØIa juga mempunyai unsur hiburan nescaya lebih menarik minat mereka.
ØMedia interaktif berteraskan multimedia boleh membantu P&P secara lebih berkesan.
Aplikasi hipermedia meliputi kemampuan sesuatu perisian yg membenarkan pelajar meneroka maklumat.
ØCiri hipermedia membolehkan pelajar meneroka dan mendapatkan maklumat mengikut minat, keupayaan, atau kehendak mereka sendiri.
ØContoh bentuk media interaktif terdiri daripada Encarta, World Book Encyclopedia.
How much does it cost to play Slots at the Borgata Hotel Casino and Spa? Slots are popular and are 거제 출장안마 popular 여수 출장안마 at both The Borgata and The Water Club, all popular on the Las 영천 출장안마 Vegas Strip. However, 김천 출장안마 you can't 대구광역 출장안마 get to Atlantic City by bus or
How much does it cost to play Slots at the Borgata Hotel Casino and Spa?
ReplyDeleteSlots are popular and are 거제 출장안마 popular 여수 출장안마 at both The Borgata and The Water Club, all popular on the Las 영천 출장안마 Vegas Strip. However, 김천 출장안마 you can't 대구광역 출장안마 get to Atlantic City by bus or