Rayau

Thursday, September 20, 2018

Internet Dalam PdP



Internet Dalalm Pdp


Tugasan:

1. Terokai Persembahan Powerpoint ICT Pembelajaran di bawah ini.



3. Terokai guru kreatif mendidik dengan keteladanan dan cinta



4. Terokai Contoh Aplikasi Internet Dalam PdP

5. Bincangkan senario pembelajaran berbantukan Internet. melalui 'comment' dibawah ini.

45 comments:

  1. Penggunaan Internet dalam pendidikan amat signifikan kerana imternet merupakan jaringan yang sangat luas dan sarat dengan informasi. Internet boleh digunakan oleh pelajar sebagai rujukan kepada penulisan berilmiah. Namun begitu, adakah terdapat kemungkinan internet boleh disalah guna?

    ReplyDelete
  2. Penggunaan internet dalam pdp guru sangat memberi keberkesanan kepada pdp guru. Kini, ada sekolah yang mempunyai rangkaian internet yang lemah yang akan mengganggu pdp guru (lewatkan pdp dimulakan). Jadi, adakah relevan penggunaan internet digunakan di sekolah yang mempunyai rangkaian internet yang lemah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Internet boleh digunakan sebelum waktu pdp sebagai flipped classroom. Oleh itu, internet relevan digunakan dimana-mana mengikut kreativiti dan inisiatif yang diambil oleh pengguna

      Delete
  3. Contoh pembelajaran yang menggunakan internet adalah seperti aplikasi kahoot, prezi, plickers, blandspace yang boleh digunakan oleh guru semasa menjalankan proses PdP. contonya, aplikasi plickers boleh digunakan oleh guru untuk membuat latihan di mana di dalam aplikasi ini juga guru dapat mengetahui adakah murid memahami proses PdP yang dijalankan serta peratus murid
    https://get.plickers.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penggunaan aplikasi ini juga menjadikan proses pdp lebih menarik dan menggalakkan penglibatan aktif murid.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Pada masa kini, internet digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan untuk para pelajar mencari maklumat dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan. Penggunaan Frog Vle di sekolah merupakan antara contoh aplikasi internet yang digunakan sebagai medium pembelajaran. Guru boleh meletakkan pelbagai maklumat, aktiviti atau uji minda yang boleh digunakan oleh murid ketika berada di rumah atau waktu tidak bersemuka dengan guru

    ReplyDelete
  5. Penggunaan internet akan menjadikan guru lebih kreatif dalam menghasilkan perancangan pdp. Hal ini kerana guru dapat menggunakan pelbagai tekonologi yang menarik boleh digunakan sebagai sumber pengajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, multimedia interaktif boleh digunakan oleh guru sebagai sumber pengajaran bagi topik-topik sains. Hal ini membolehkan murid membina pemahaman sendiri melalui bahan tersebut.

    ReplyDelete
  6. nama saya aiman. Kemudahan Internet juga memberi peluang kepada guru mempertingkatkan tahap ilmu pengetahuan mereka melalui pelbagai maklumat yang berkaitan. Sebagai contoh para guru boleh mengakses bahan-bahan akedemik dan mencari maklumat pendidikan melalui perpustakaan siber universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kemudahan USENET yang disediakan oleh Internet. Di samping itu, para guru dapat membincangkan isu semasa pengajaran dengan guru-guru lain di seluruh negara mengenai program pendidikan yang telah berjaya.

    ReplyDelete
  7. Penggunan internet akan memudahkan sesi PdP di dalam bilik darjah. Hal ini kerana pelajar-pelajar pada zaman moden kini akan mudah tertarik dengan bahan bantu mengajar yang berasaskan teknologi internet ini. Seperti contoh, penggunaan kahoot yang boleh dijadikan sesi soalan jawab atau kuiz tentang sesuatu topik yang telah diajar
    . Selain itu, guru juga boleh mengajarkan pelajar tentang sesuatu topik dengan menggunakan media interaktif

    ReplyDelete
  8. penggunaan internet sangat penting di dalam proses PdP kerana boleh membantu guru untuk mencari pengetahuan ilmu yang lebih seperti video. Walaubagaimanapun, capaian internet di beberapa tempat tidak menunjukkan capaian internet yang baik menyebabkan guru tidak dapat menggunakan internet. Secara tidak langsung, capaian internet boleh menganggu proses PdP untuk berjalan dengan lebih berkesan. Namun, sesorang guru janganlah menjadikan alasan bahawa capaian internet yang lemah menyebakan proses PdP tidak dapat berjalan dbaik. Guru haruslah menggunakan alternatif lain untuk menghasilkan proseS PdP dapat berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  9. Menurut Weiss (2001) pula, penggunaan komputer dan Internet mampu mengubah banyak aspek
    penting dalam bidang pendidikan. Guru merupakan golongan yang memainkan peranan penting
    dalam membantu pelajar mengendalikan komputer dan melayari Internet. Oleh itu, mencari
    kaedah pembelajaran berkesan sering menjadi isu penting dalam bidang pendidikan.

    ReplyDelete
  10. Berdasarkan daripada persembahan multimedia ini, dapat kita simpulkan bahawa internet dapat digunakan mencari ilmu, berkongsi maklumat dan sebagainya. Ini akan dapat membantu proses pembelajaran lebih mudah dan lebih luas. guru boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia dan begitu juga dengan murid. Dunia tanpa sempadan atau maklumat di hujung jari ini telah menjadikan masyarakat lebih bijak dan celik It. Antara aplikasi internet yang boleh digunakan di dalam kelas ialah kahoot. Kahoot boleh sebagai salah satu cara untuk membuat kuiz secara interaktif dan menarik perhatian pelajar.

    ReplyDelete
  11. Cara cerdas guru memanfaatkan teknologi dan internet dalam dunia pendidikan ialah menggunakan aplikasi-apalikasi di internet sebagai medium penilaian. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan aplikasi internet sepeerti KAHOOT, PLICKERS, GOOGLE CLASSROOM dan sebagainya.

    ReplyDelete
  12. penggunaan internet adalah salah satu medium untuk mendapatkan ilmu. namun, penggunaan internet untuk pembelajaran hanya digunakan oleh pelajar yang masih menuntut ilmu tetapi apabila mereka sudah mengakhiri alam sekolah internet tidak lagi digunakan untuk pembelajaran tetapi lebih kepada menjadi alat komunikasi dan hiburan kebanyakkannya. oleh itu, kita perlu mendalami manfaat internet supaya penggunaannya bukan sahaja digunakan pada waktu yang perlu sahaja. kemahiran ini boleh didapati melalui penerokaan secara sendiri dan juga menghadiri kursus yang menyediakan pembelajaran kemahiran ICT.

    ReplyDelete
  13. Penerapan teknologi dalam pendidikan menyediakan murid untuk bersedia mendepani dunia di hujung jari pada masa akan datang. Jadi, pada masa akan datang, tiada lagi masalah generasi buta IT. Malahan, setelah diterapkan dengan IT, murid-murid sudah boleh mengaplikasikan perisian seperti words, excel dan powerpoint dalam kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  14. Cara cerdas penggunaan adalah dengan guru sendiri menghasilkan bahan interaktif sebagai contoh penghasilan bahan menggunakan Paint 3D. Aplikasi tersebut membenarkan guru untuk membina objek 3d dan bukan sahaja 2d. Hal ini dapat membantu saya membina bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik

    ReplyDelete
  15. Cara cerdas untuk guru memanfaatkan teknologi dan internet dalam bidang pendidikan ialah dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun atau diguna secara atas talian bagi penyediaan bahan pembelajaran seperti powtoon untuk menghasilkan video yang lebih menarik kerana penggunaan animasi yang bergerak dengan warna yang ceria. Selain itu, penggunaan Flickers juga dapat digunakan bagi menguji kefahaman murid-murid terhadap topik pembelajaran pada hari tersebut dan murid yang lemah terhadap topik itu dapat dikesan.

    ReplyDelete
  16. penggunaan teknologi internet perlu digunakan dengan betul kerana terdapat pelbagai perisian yang disediakan di internet yang boleh kita gunakan sebagai bahan pembelajaran dan bukan hanya melakukan copy and paste sahaja. terdapatnya google drive yang boleh digunakan untuk menyimpan segala dokumen dan boleh dikongsikan dengan orang lain dengan menggunakan email sahaja.

    ReplyDelete
  17. penggunaan internet mampu meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui di dalam bilik darjah bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep terutama konsep sains

    ReplyDelete
  18. Program pendidikan yang melibatkan penggunaan Internet memerlukan para guru dan para
    pelajar mempunyai capaian Internet yang mencukupi dan arahan-arahan untuk menggunakannya.
    la juga memerlukan perubahan dari segi kandungan kurikulum, latihan arahan (instructional
    practices) dan penilaian untuk mengambil faedah daripada komunikasi dan penyimpanan
    maklumat serta kekuatan capaian Internet. Penggunaan Internet di sekolah mestilah betul-betul difahami bagi memastikan ia diaplikasikan sebaik mungkin. Halangan yang mungkin wujud mestilah diatasi terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  19. Antara aplikasi yang boleh digunakan dalam proses PdP ialah penggunaan prezi, kahoot, dan wordhippo. Penggunaan aplikasi ini dapat membantu guru untuk menjalankan proses pengajaran menjadi lebih mudah dan lebih interaktif

    ReplyDelete
  20. Penerokaan guru secara terus kepada 'open source' iaitu internet adalah perlu ditingkatkan, bukan sahaja bergantung kepada kursus yang telah disediakan. Oleh yang demikian, perlu usaha yang tinggi supaya tidak tersia-sia matlamat yang ingin dicapai agar membentuk guru yang cemerlang

    ReplyDelete
  21. Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak.

    ReplyDelete
  22. Pendidikan tidak dengan hanya mengajar dan selesai. Pendidikan perlulah ada hikmahnya supaya murid lebih rasa dihargai, disayangi dan dikasihi. Ilmu itu akan mudah masuk apabila murid-murid ikhlas untuk belajar

    ReplyDelete
  23. Internet pada masa ini menjadi sangat penting yang dipanggil internet of things (iot) kerana internet adalah satu keperluan walaupun dalam setiap perkara. Malaysia perlu berfikir ke arah penggunaan gajet sendiri di sekolah bagi proses pdp yang dikenali sebagai bring your own gadget (BYOD)

    ReplyDelete
  24. Penghijrahan bukan terhad untuk memastikan bahawa pencapaian anak murid berubah menjadi lebih baik. Bukan bersifat akademik sebaliknya bersifat keseluruhan. Penghijrahan saya bukan untuk saya tetapi untuk anak murid saya. Jadi, saya sebagai seorang pendidik perlu berhijrah dari guru yang menekankan akademik kepada guru yang menekankan komuniti bilik darjah yang bersifat penyayang dan hormat menghormati. Penerapan nilai ini akan membuatkan mereka akan termotivasi untuk mengamalkan nilai murni dalam kehidupan

    ReplyDelete
  25. Guru yang professional adalah guru yang mempunyai pengetahuan tentang semua aspek termasuk pengetahuan tentang teknologi serta perisian-perisian yang dapat membantu dirinya serta guru yang lain untuk memudahkan proses pemahaman murid-murid di dalam kelas. Seperti contoh Cikgu Hailmi yang menggunakan blogspot untuk memberikan tips-tips serta teknik mengajar yang dapat menarik perhatian pelajar serta memudahkan lagi kerja guru berbanding menggunakan cara yang lama iaitu cara tradisional seperti kaedah chalk and talk

    ReplyDelete
  26. Penggunaan internet lebih bermakna untuk pendidikan pada masa kini. Hal ini kerana, dunia internet berkembang dengan pesat. Banyak aplikasi dan perisian yang yang boleh digunakan terutama sekali digunakan untuk membantu dalam sesi pdp. Salah satunya adalah words, power point, prezi dan sebagainya.

    ReplyDelete
  27. Hijrah pada saya adalah menjadi lebih baik untuk murid dan diri saya sendiri. Hijrah saya adalah untuk mengajak murid saya sama-sama berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  28. cara kreatif yang boleh digunakan oleh saya adalah dengan menggunakan aplikasi twitter, aplikasi facebook supaya dapat berkongsi pendapat tentang pendidikan bersama orang lain seperti orang yang lebih mahir agar guru dapat berkongsi idea dengan orang lain

    ReplyDelete
  29. Pada masa ini, penggunaan Internet dan laman web pendidikan bukanlah suatu yang asing kerana ia telah diperkenalkan sejak pertengahan tahun 1990an lagi. Collins (1996) telah menyatakan bahawa tahun 1996/97 merupakan era Internet dalam pendidikan bermula. Di negara ini sudah mula wujud laman-laman web yang dibina khusus untuk tujuan pendidikan, sama ada oleh jabatan-jabatan kerajaan atau pihak swasta atau individu tertentu. Antaranya ialah seperti TM School Net, Portal Pendidikan Utusan, ESekolah, E-Tuisyen, MahirNet, Cikgu Net dan sebagainya.

    Rujukan:
    Collins, B. (1996). The Internet as an educational innovation: Lessons from experience with computer implementation. Educational Technology, 36 (6), 21-30.

    ReplyDelete
  30. Saya akan menjadi pemimpin kepada murid saya dengan sentiasa menegur dengan hikmah

    ReplyDelete
  31. berhijrah mestilah dimulakan dengan matlamat untuk masuk syurga. oleh itu, kita akan sentiasa mengingati matlamat kita dan menjga kelakuan untuk menjadi lebih baik supaya stiap perluan kita mnejadi satu ibadah.

    ReplyDelete
  32. Saya sebagai guru yang menjadi pemimpin ke atas murid saya. Oleh itu, saya perlu menunjukkan keyakinan saya sebagai seorang guru yang berwibawa serta menunjukkan setiap perilaku yang baik dan menjadi contoh tauladan kepada anak murid saya

    ReplyDelete
  33. Berhijrah mestilah dimulakan dengan matlamat. Saya akan berhijrah daripada seorang yang pasif, kurang bergaul dengan masyarakat, kepada seorang yang aktif, bergaul dengan masyarakat dan prihatin kepada murid-murid. Ini supaya ilmu dapat disebarkan bukan sahaj dalam sekolah namun juga boleh disebarkan kepada masyarakat

    ReplyDelete
  34. sebagai seorang guru, saya akan memimpin kelas dengan cara demokrasi di dalam kelas dengan mendengar pandangan murid juga. ini kerana, seoarang guru haruslah mengelakkan daripada menggunakan cara autokratik ketika mengendalikan kelas kerana boleh meneybabkan murid berasa tidak selesa sewaktu proses PdP.

    ReplyDelete
  35. cara kreatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran adalah saya akan menggunakan aplikasi kahoot dan Plickers untuk membuat penilaian kepada murid di mana murid dapat menjawab soalan dengan lebih baik serta dapat menjawab secara langsung jawapan mereka.

    ReplyDelete
  36. hari ini saya pelajari bahawa sebagai pendidik kita tidak boleh berada dalam zon selesa semata-mata dengan berhijrah. kemudian saya dapati sebagai pemimpin kita perlu memimpin semua orang dengan sama rata.

    ReplyDelete
  37. Apa yang saya pelajari pada hari ini adalah, penggunaan kepentingan internet di dalam pendidikan. Selain itu, cara menjadi guru yang professionalisme yang menggunakan internet. Seterusnya, seorang guru perlu berhijrah untuk mencari redha Allah S.W.T

    ReplyDelete
  38. hari ini saya belajar seorang guru iaitu saya sendiri haruslah berhijrah tetapi haruslah mempunyai matlamat supaya penghijrahan saya objektif saya tercapai. saya juga haruslah memimpin kelas tetapi jangan lupa saya juga haruslah memimpin anak saya juga

    ReplyDelete
  39. Hari ni, saya belajar bagaimana untuk menjadi pendidik yang ikhlas. Ikhlas memimpin, ikhlas mengajar dan sebagainya. Di samping itu, saya belajar apa yang saya perlu buat adalah gunakan internet dan pengetahuan yang ada di sekolah nanti

    ReplyDelete
  40. Apa yang saya belajar pada hari ini adalah sebagai guru mempunyai pelbagai peranan dan usaha, sebagai contoh usaha behijrah, mencari peluang dalam kesempitan meningkatkan diri, kepimpinan sebagai seorang guru pada masa akan datang dan sekarang

    ReplyDelete
  41. Hari ini, saya telah mempelajari bahawa sebagai guru, kita perlu meletakkan diri orang lain lebih daripada diri kita

    ReplyDelete